Uwek,
uwek, uwek…. Bunyi apakah itu ? Ya tidak lain dan tidak bukan bunyi tangisan si
anak kecil yang ditinggalkan oleh ibu dan bapa tanpa belas kasihan. Inilah
fenomena buruk yang menjadi buah mulut masyarakat, meniti dari bibir ke bibir
individu, menjadi halwa telinga tatkala radio berbicara, penyakit mata apabila
kaca televisyen bernyala dan pencemar laman sesawang tatkala ia melebarkan
jalurnya. Bayi yang dilahirkan hari ini tidak lagi dilakukan seperti dahulu,
tidak disambut dengan azan dan iqamah, tidak disayangi dan dihargai, sebaliknya
menjadi mangsa kerakusan nafsu manusia.
Tentu
anda tertanya-tanya, apakah tajuk bicara kita? Tidak lain dan tidak bukan,
pembuangam bayi. Bayi atau anak adalah anugerah Allah SWT yang amat berharga.
Menjadi penyejuk mata dan penghibur jiwa tatkala duka. Tanggungjawab kita untuk
membesarkannya dan memberikan pendidikan kepada mereka. Namun begitu, bayi hari
ini kita temui di dalam tong sampah, di buang di kaki lima, di tinggalkan di
hadapan masjid atau rumah kebajikan dan yang lebih buruk menjadi santapan
bahaman binatang buas. Siapakah yang harus disalahkan? Apakah penyebab utama
fenomena buruk ini berlaku?
Ramai
masyarakat hari ini menuding jari kepada remaja yang konon nya bergelumang
dengan pergaulan bebas sehingga menjerumus ke lembah hubungan initim luar
pernikahan. Namun perlu dilihat disebalik mereka ini ada orang lain yang turut
menyumbang kepada masalah ini. Kadang-kadang remaja yang tidak mendapat kasih
sayang dari kedua orang tua nya bertindak mencari jalan lain bagi mendapatkan kasih
sayang. Bermula dari sinilah muncul orang ketiga yang bergelar kekasih atau
teman istemewa yang bertindak memberikan kasih sayang kepada mereka. Bermula
dari berkasih sayang, dan akhir nya ke kancah penzinaan. Jadi adakah pesalah
utama masih dicampakkan ke muka remaja-remaja ini?
Firman
Allah S.W.T dari surah Al-Israa’ ayat 32 :
وَلاَ
تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
“Dan
janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan
yang keji. Dan suatu jalan yang buruk,”
(al-Israa’: 32)
Sesungguhnya
telah jelas larangan Allah tentang jangan mendekati zina, apatah lagi kalau
melakukannya. Banyak hadis dan dalil-dalil tentang zina yang perlu dijauhi. Sesungguhnya
perbuatan zina merupakan suatu perbuatan yang keji.
Mamang
tidak dapat dinafikan tanpa penzinaan mustahil lahirnya anak, tanpa penzina
lelaki dan perempuan mustahil wujudnya hubungan intim, maka oleh sebab itulah
Islam menggariskan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Bukan melarang
saling kenal dan berkenalan, sebaliknya memberi panduan supaya kita hidup dalam
ketamadunan. Tambah pula sikap ingin tahu, sentiasa ingin mencuba dan pantang
dicabar yang wujud dalam jiwa muda. Maka mereka tidak takut mencuba bila rakan
lain sudah melakukannya. Islam bukan hanya mendidik masyarakat, bahkan dalam
Islam anak lelaki dan perempuan sudah dipisahkan tempat tidurnya semenjak usia
setahun jagung lagi. Dan pendidikan asas yang perlu dilatih sejak kecil adalah
mendirikan solat. Ini kerana solat dapat menjaga diri manusia daripada
melakukan perkara-perkara yang keji. Hal ini jelas melalui hadis berikut :
عن
عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ
عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4]
Yang
bermaksud : Daripada ‘Amru bin
Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu
mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika
meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur
mereka.
Oleh
sebab itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk melaksanakan perintah agama
ini. Bukan setakat ibu bapa, tetapi masyarakat sekeliling patut menjalankan
tanggungjawab masing-masing. Ingatlah bahawa mencegah lebah baik dari mengubah.
Dalam usaha menangani perkara ini, tindakan bijak dan mudah perlu digunakan,
kerana kekasaran akan mengundang kesengsaraan.
Ibu
bapa khususnya dan amnya masyarakat perlu berganding bahu dalam memastikan
usaha yang istiqomah seperti seminar, kem motivasi dan kaunseling dijalankan.
Cuba fahami keadaan mereka agar tindakan yang diambil boleh mereka terima.
Pepatah melayu ada menyebut, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang
harimau cepat cabut lari. Justeru dekati mereka dengan cara mereka. Hal ini
kerana kalau didekati cara yang mereka benci, akan mencurah air ke daun keladi.
Bagi
kita yang mengenali mereka yang terlibat dengan perkara ini, janganlah
meraka dihalau atau disisihkan. Kalau
meraka dihalau, samalah kita seperti mereka yang membuang anak ini. Kasihanilah
mereka, sudah lah mereka jatuh, kita timpakan dengan tangga konkrit pula.
Sebaliknya kita lah yang mesti membantu mereka membetulkan ketelanjuran yang
tidak pernah menjadi impian mereka ini.
Bagi
mereka yang terlibat dengan perkara ini pula, janganlah anak itu dijadikan
bahan buangan. Serahkanlah kepada mereka yang sudi menerima anak itu. Nyawa
anak itu begitu berharga sekali bagi seorang yang ingin menimang cahaya mata.
Jangan lah menjadi orang yang terus menerus melakukan kesilapan. Cukuplah
dengan penzinaan, jangan ditambah dengan membunuh orang pula.
Sebelum
terlupa, bagi yang tidak terlibat dengan perkara ini, banyaklah berdoa.
Warnailah kehidupan kita dengan warna warni keislaman dan keimanan.
Mudah-mudahan yang demikian itu akan menyelamatkan kita dari diuji oleh Allah
SWT dengan perkara yang berat seperti ini.
No comments:
Post a Comment