Setiap
orang mempunyai hobi tersendiri untuk mengisi masa lapang. Memancing, melukis, berburu,
bersukan, berenang, memanah, memasak, menjahit dan berbagai-bagai lagi aktiviti
lain yang boleh mengisi dan memberi faedah pada setiap individu. Pada zaman
yang serba moden ini, hobi-hobi yang dulunya popular nampaknya agak pupus
dikalangan masyarakat moden.
Seiringan dengan kemodenan zaman
sekarang, ramai diantara kita mempunyai hobi baru contohnya melayari internet, bermain
permainan video dan bermacam-macam aktiviti lain yang ada kaitannya dengan internet.
Masa lebih banyak dihabis kan didepan komputer. Terutamanya dengan palbagai
gajet-gajet barfu yang diperkenalkan. Dari sekecil-kecil usia sudah pandai
bermain ipad, pelbagai jenis tab dan sebagainya. Pantang ada cuti mesti
seharian duduk dan melayari internet. Masyarakat pada masa kini lebih banyak
berehat-rehat dan melakukan aktiviti yang kurang sihat. Hanya duduk seharian
tanpa melakukan senaman ditambah pula dengan membawa makanan ringan bersama
sewaktu melayari internet. Semua ini adalah punca kepada banyaknya penyakit
kronik di negara kita.
Tanpa senaman badan kita tidak akan
membakar lemak-lemak yang berlebihan di dalam badan kita. Perjalanan darah juga
mungkin akan terganggu. Pengumpulan lemak yang berlebihan juga amat berbahaya
untuk kesihatan jantung kita. Mengambil makanan ringan sambil melayari internet
akan menambahkan lagi masalah kesihatan yang bakal timbul. Semua ini kita tidak
sedari. Seharian di hadapan komputer juga akan mendedahkan mata kita kepada
bahaya.
Bagaimanakah kita dapat memberi
kesedaran kepada masyarakat diluar sana supaya mempunyai hobi yang lebih
berfaedah dan menyihatkan badan kita. Saya juga tidak lepas dari hobi melayari
internet yang merupakan salah satu tempat pembacaan bagi saya sebagai pengganti
buku . Tetapi satu hari saya terfikir, berat
badan saya semakin bertambah. Walau pun saya mengamalkan diet yang seimbang
tetapi berat saya masih juga belum berkurangan. Kadang-kadang saya menyekat
pengambilan makanan berat untuk mengatasi masalah saya ini. Kemudian saya
terfikir, apa yang saya buat seharian. Ini menunjukkan pentingnya riadah dalam
kehidupan kita. Sekirannya ada masa lapang saya akan cepat-cepat duduk di
hadapan laptop dan ipad. kadang kala tanpa disedari kita melayari internet
dalam masa yang agak lama.
Dengan kesedaran inilah saya
menyarankan supaya kita melakukan kembali hobi-hobi lain seperti apa yang
pernah kita lakukan dulu. Sekarang berat saya kembali normal seperti yang
sepatutnya. Sekiranya ada masa lapang saya akan bercucuk tanam di kawasan rumah
saya. Walaupun saya hanya tinggal dirumah kerajaan ia tidak menghalang saya
untuk melakukan hobi tersebut, malah memberi banyak manfaat apabila hasil
tanaman saya Berjaya dikongsi bersama jiran-jiran.
Kadang
kala saya akan pergi memancing bersama keluarga memandangkan tidak jauh dari
kawasan tempat tinggal saya iaitu Kampung Telaga Air merupakan pusat bagi kaki
pancing memancing di hujung minggu. Aktiviti seperti ini disamping menyihatkan
badan, ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan kejiranan. Saya
bukan mengatakan melayari internet penyebab kepada penyakit kronik, tetapi
tanpa kita sedari kita yang menjemput penyakit datang kerana terlalu asyik
melayari internet tanpa melakukan aktiviti yang boleh menyihatkan badan. Melayari
internet memang ada faedahnya yang tersendiri. tetapi kadang kala tubuh kita
juga memerlukan kita melakukan aktiviti lain pada masa lapang dan aktiviti yang
dapat mengeluarkan peluh. Kesihatan amat bernilai. Sekiranya penyakit sudah
menjenguk, pasti susah hendak mengubati.lebih baik kita mengawal sebelumnya
datang penyakit.
Umat
islam tanpa mengira usia adalah sangat penting untuk memanfaatkan masa terluang
dengan aktiviti riadah agar kecergasan tubuh badan dapat dikekalkan dan mengelak
daripada datangnya pelbagai penyakit agar segala amal ibadah yang ditunaikan
dapat dilakukan dengan sempurna dan tanpa gangguan. Rasululllah S.A.W sentiasa
mengingatkan umatnya untuk menjaga kesihatan jasmani dan rohani, mempunyai
badan yang kuat serta terhindar daripada sebarang penyakit memudaratkan. Ini penting kerana kekuatan tenaga dan
fizikal juga akan menjadikan timbulnya rasa gerun dikalangan musuh islam yang
sentiasa mengambil kesempatan untuk melakukan ancaman terhadap umat islam.
Rasulullah
S.A.W bersabda :
“Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah
berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis Riwayat Muslim)
Riadah
bukan sahaja untuk meningkatkan kesihatan dan kekuatan tubuh badan sahaja
tetapi ia juga akan membina dan mengeratkan hubungan silaturrahim demi
perpaduan ummah. Oleh itu, wajarlah kita sebagai umat islam sentiasa menghargai
masa yang ada dengan mengisinya dengan perkara-perkara yang berfaedah untuk
meningkatkan kualiti ibadah kita. Semoga
kita semua menjadi umat yang kuat dan sihat tubuh badan. Wallahu A’lam..
No comments:
Post a Comment