Zaman
telah berubah, penggunaan perkhidmatan jalur lebar amat meluas di negara kita
sekarang. Laman-laman sosial amat popular dikalangan remaja dan golongan
dewasa. Seawal usia 7 tahun, kanak-kanak dinegara kita sudah pandai melayari
internet, memuat turun lagu-lagu atau pun permainan komputer sendiri. Tetapi, terlalu
ramai remaja yang menyalah gunakan kemudahan tersebut.
Remaja sekarang terlalu pandai
melayari dan mempergunakan internet kearah perkara yang negatif. Mereka
mencipta laman-laman sesawang yang tidak sepatutnya. Membuka satu kumpulan
dalam laman sosial yang mengajak remaja lain kearah maksiat , jenayah dan
sebagainya. Dengan adanya laman sosial yang popular sekarang contohnya facebook
dan twitter, memudahkan lagi remaja-remaja yang bermasalah untuk mengajak
remaja lain supaya menjadi penyokong mereka tanpa pengetahuan ibu-bapa.
Perkara ini sepatutnya dipandang serius
oleh golongan dewasa yang lebih matang dalam mendidik remaja supaya jangan
sesekali terlibat dengan laman sosial yang boleh mengundang bahaya ataupun
menyesatkan akidah dan pegangan Agama. Terlalu banyak sekarang remaja yang
menyalah gunakan laman sosial yang sepatutnya amat bermanfaat untuk semua. Remaja-remaja
ini sepatutnya dipantau aktiviti mereka dalam laman sosial yang mereka lawati.
Ibu bapa sememangnya inginkan anak mereka maju seiringan dengan kemodenan zaman
sekarang. Menaruh kepercayaan penuh terhadap anak tidak salah. Cuma sesekali
haruslah dipantau.
Para remaja juga harus menggunakan
peluang yang diberi oleh ibu-bapa sebaik mungkin, bukannya mengambil kesempatan
atas kebaikan ibu-bapa tadi. Remaja memang terlalu cepat terpengaruh dengan
benda-benda yang salah. Perasaan ingin mencuba yang terlalu tinggi menyebabkan
ramai remaja terjerumus melakukan kesalahan yang kadang-kadang mereka tidak
ketahui. Heboh dalam laman sosial baru-baru ini, kes remaja yang memuat naik
gambar-gambar peribadi mereka yang melampau dan kemudian di eksplotasikan oleh
golongan yang tidak bertanggungjawab. Remaja tadi dengan bangga menayangkan diri
masing-masing kepada umum, terutama sekali remaja perempuan. Dimana sifat malu
remaja zaman sekarang telah semakin berkurangan. Oleh itu,pendidikan agama yang
cukup harus diterapkan kepada anak-anak seawal usia kecil lagi. Ibu bapa harus
tegas dalam mendidik anak-anak pada zaman moden sekarang. Anasir-anasir jahat
dari luar sememangnya menunggu dan memerangkap remaja yang mereka rasa lemah
dan tidak mempunyai pendirian serta mudah dipengaruhi. Bagaimana harus kita
atasi masalah ini? Salah ibu bapakah yang menyebabkan anak-anak terjerumus
kearah yang tidak sepatutnya? Salah remaja kah kerana mempunyai sifat ingin
tahu? Atau kita salahkan saja kepada pihak yang mencipta laman sosial? salahkah
kemodenan datang ke negara kita? Pelbagai persoalan yang timbul kerana isu
tersebut. Semua pihak akan menyalahkan pihak yang lain. Tidak akan ada pihak yang
mengakui kesalahan mereka dimana setiap kesalahan tidak boleh hanya diserahkan
kepada pihak tertentu sahaja tetapi sebenarnya semua pihak harus
bertanggungjawab. Ibu bapa dengan tanggungjawab didikannya dirumah, guru-guru
dengan pengajaran di sekolah, pihak-pihak berkuasa dengan tanggungjawab masing-masing dan kita sebagai masyarakat
yang hendaklah sentiasa prihatin dengan setiap masalah yang berlaku walaupun ia
tidak melibatkan keluarga kita. Diharap kita semua menjalankan tanggungjawab
masing-masing agar segala gejala negatif yang berlaku dapat dikurangkan
seterusnya dihapuskan.
Walaupun
kebiasaannya masalah yang ditimbulkan berkenaan salah guna laman sosial dibabitkan
dengan remaja atau golongan muda, ini tidak bermakna golongan dewasa tidak
terlibat dalam masalah tersebut. Cuma golongan
remaja dan golongan muda inilah yang lebih ramai menggunakannya.
Tidak
dapat dinafikan juga kemudahan laman sosial terutamanya facebook pada
zaman sekarang telah banyak menjerat golongan dewasa dan berkeluarga untuk
menggunakannya kearah yang negatif. Ramai pasangan yang telah berumahtangga retak
hubungan kekeluargaannya kerana pasangan tersebut telah berjumpa kembali kawan-kawan dan kekasih lama yang telah sekian
lama tidak berhubung. Dengan berhubung melalui facebook , menjadikan
hubungan mereka menjadi kembali akrab dan perbincangan yang dari mulanya hanya
melibatkan kisah-kisah lama menjadi perbincangan yang lebih rapat sehinggakan
tidak sedar menceritakan masalah keluarga yang sepatutnya tidak ditimbulkan.
Oleh
itu, semua golongan hendaklah sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain
supaya setiap apa yang kita lakukan tidak menjerumuskan kita kearah perkara
yang negatif. Walaupun kita digalakkan
untuk menjalinkan hubungan silaturrahim sesama islam, ia juga mempunyai
batasnya terutama bagi lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Ini kerana apa
yang lebih penting ialah menjaga hubungan kekeluargaan agar lebih erat kerana
ia merupakan satu usaha untuk membentuk
masyarakat Islam yang berkualiti. Dalam hubungan ini, kepentingan setiap
individu terjamin apabila setiap anggotanya saling sayang menyayangi,
melindungi dan ingat-mengingati.
Allah s.w.t berfirman dalam surah An-Nisa’ ayat 1:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ
الرَّحِيمِ
يَا أَيُّهَا النَّاسُ
اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا
وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاء وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِي تَسَاءلُونَ
بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيباً
“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah
menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan
daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan
dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan
bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut
namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana
sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu..”
Ayat
ini menunjukkan kepentingan menjaga silaturrahim sesama masyarakat terutamanya kaum
kerabat. Jadilah orang yang sentiasa menghargai perhubungan yang telah
dijalinkan dan hendaklah semuanya berpaksi kerana Allah S.W.T.
Sebagai
akhir kata, marilah sama-sama kita renungkan kata-kata tersebut. Semoga sedikit
sebanyak dapat menjadi peringatan kepada kita…
Hati-hati Dengan Facebook - TG Dr
Abdul Basit
Itulah facebook, ia boleh menjadi
sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika
digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik
facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah
antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan
sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki
dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya
akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi
mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah
itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak
kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam
Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
No comments:
Post a Comment